Cara Anda Mempopularkan diri?

Popular!
Siapa suka? Mesti ada yang suka dan tidak suka.
Yang tidak suka tu tak apa la. Buat apa nak popular kalau anda popular sebab ada perkara yang memalukan.
Contohnya ada seseorang yang suka buat MIMING menyanyi..memang kelakar. Mungkin itu cara untuk mempopularkan dirinya. Hanya 1 clip ramai yang dah kenal. Anda kenal ke tidak Cikgu Syida?..Kalau dah tengok miming dia mesti kenal. Kalau tidak kenal jom kita klik situ atau sini .
Aku kelakar gila bila dia bawa miming lagu yank-wali. Apa-apa pun itu cara dia dan hobi dia. Rasanya tidak salah untuk dia tonjolkan bakat terpendam tapi biarlah berpada2.
Tapi lagi bagus daripada orang lain yang saja nak popularkan diri dengan gambar2 dan video panas seperti berpeluk, bercium, toot2, dan macam2 lagi!

Contohnya, artis-artis kat Malaysia ni, nak popularkan diri dengan kontroversi bukannya prestasi!
Macam2 la, tangkap khalwat la, video tak senonoh la, rampas suami or bf/gf orang la. Semuanya negatif bukan yang positif! Motifnya cuma 1, sebab nak publish diri untuk popular.
Contohnya ada la artis ni, dah la memusnahkan masjid orang, lepas tu kena tangkap khalwat, then pula nak kawin pulak..dah la si sang bakal suami ada hutang ( duit nafkah ) dengan bekas isteri dan tidak lunas lagi hantaran kahwin..
Orang kata kalau hari ini kita buat zalim kat orang esok dapat la balasan..antara cepat dan lambat!


Berbalik kepada "cara popularkan diri"..memang dia dah popular tapi sebab peragai dia begitu..
Yang tidak tahannya tu, mak bapak pun tidak malu keluar tv dalam majlis pertunangan dia!! Siap kata restu dan doakan kebahagian anak! Tak malu sungguh..Memang la restu ibu bapa penting tapi kenapa macam sokong anak buat mungkar! Apa tu? Depan mata anak berpeluk2 untuk photoshot tunang!..Manusia akhir zaman dah hilang sifat malu!

Kalau mak bapak aku la, kononnya aku yang buat mungkin dah tak mengaku anak lagi ( minta simpang la )
Kalau nak komen ni memang banyak sangat aku nak komen takut nanti berjela2 pulak!

Kalau nak popularkan diri itu boleh tapi riak!
Apa2 pun terpulang pada niat seseorang! nawaitu itu penting!
Kalau anda hendak dikenali, moga orang kenal anda dengan nama yang baik bukan bawa nama busuk!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfreBPpKDN60Z9MruRvAa_7lrhna4_L079I8tmnMGd5HGgRZ3fMN8S3_7Gn_a4UiIIrmd8X1oTJsRGeteTe8WLkxer6WI5IF3gq3sSe3hptWf8s42ab27xJasdpw7_zRTmTPfAIFVL40kZ/s1600/kucing+berak.jpg

Kucing pun "membuang" dalam toilet tapi kenapa ada manusia "membuang" merata-rata...Ada makna disebalik itu..fikir2kanla!


No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH