Kepada Pemilik Blog Bicara Si Emma Bah sila Remove gambar saya.

Assalamualaikum,

Saya membuat posting ini sebagai bahan bukti ke atas penggunaan gambar saya secara haram dan tanpa sebarang keizinan oleh blog Bicara Si Emma Bah.
Pada 28 March 2017, saya telah menerima whatapps daripada seseorang menyatakan bahawa adakah saya terlibat dengan blog Bicara Si Emma Bah, alamat url seperti berikut:
http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Sebenarnya saya langsung tidak mengetahui tentang penggunaan gambar saya secara haram di blog beliau, dan langsung tidak mengenali beliau (sehingga diberitahu oleh si pengadu). Menurut pengadu, blog tersebut membuat fitnah tentang keluarganya dan beliau telah membuat report polis (perbualan whatapps masih di simpan).

Secara tidak langsung penggunaaan gambar di blog beliau telah merosakkan nama baik saya dan mencemarkan imej saya kerana kemungkinan masyarakat akan salah faham disebabkan penggunaan gambar saya.

Disini saya sertakan bukti daripada screen shoot blog beliau tentang penggunaan gambar saya.


Untuk pengetahuan, gambar tersebut adalah gambar akaun google dan gambar profile picture blog saya. 

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Melalui perisian Google Chrome, saya telah Search Google for image untuk mengetahui sumber asal gambar tersebut adalah seperti berikut.



Gambar tersebut saya gunakan untuk google akaun saya dan kemungkinan besar gambar saya ambil tanpa izin (dicuri) melalui blog saya.
Saya cuba untuk mencari identiti pemilik blog berkenan tetapi tiada sebarang maklumat yang saya jumpai. Cuma saya terjumpa satu entry yang bertajuk Wedding My Bff yang bertarikh 28 Januari 2017, saya telah mengambil salah satu gambar tersebut untuk melihat sumber asal gambar (bertujuan untuk mengetahui maklumat pemilik blog) seperti di bawah melalui Google Chrome:

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/


dan hasilnya:

Entry tersebut juga telah diambil daripada blog: http://onlyeikin.blogspot.my/2013/02/wedding.html
Hal ini kerana, entry posting asal 11 Febuari 2013 manakala entry posting oleh Bicara Si Emma Bah iaitu: http://bicarahatiemma.blogspot.my/2017/01/wedding-my-bff.html adalah 28 Januari 2017.
Hal ini bermakna, pemilik blog http://bicarahatiemma.blogspot.my/ juga mengambil posting entry orang lain dan dimasukkan ke dalam blognya.

Saya cuba untuk menghubungi pemilik blog untuk berbincang secara baik, tetapi tiada sebarang maklumat yang diterima dan menyebabkan saya terpaksa membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Tujuan entry ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi untuk menjelaskan salah faham dan kekeliruan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik blog serta blog http://bicarahatiemma.blogspot.my/ .
Kepada pemilik blog berkenaan sila hubungi saya jika mahu entry ini dipadam.

fara_idola@yahoo.com

p/s: Mohon jasa baik kawan-kawan untuk share dan panjangkan posting ini.

Sekian terima kasih.
Tag : copycat, plagiat
Share this PostPin ThisEmail ThisShare on Google PlusShare on Tumblr
31 Comments for "Kepada Pemilik Blog Bicara Si Emma Bah sila Remove gambar saya."

Mudah2an dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Tak patut betul. Ni dah salah ni. Memang betul tindakan sis tu.

ishh teruknya curi gambar orang,.apa ntah tujuannya tu... ??

uish , semalam kak mia liana pun ada org buat naya macam nih . bahaya nya

Bahayanyaa..ingat melalui fb jer diorang guna fake photo gini ..dalam blog pun ada jugak .harap si fake photo feedback kembali

Still tak paham dengan orang yang nak jadi orang lain. Kenapa tak letak gambar sendiri and amik gambar orang lain? Takpelah ujian tu. Hpefully semuanya selesai dengan baik :)

aduhai...knapa begitu pulak...kenapa nak ambik post orang untuk blog sendiri...carilah idea nak tulis apa...ermm...tak sangka pulak ada jugak orang macam ni ye...

uishhh bahaya ni.. farah, sis mohon up entry ni kat blog sis ya. Baik kita hati-hati dgn blog ni sbb boleh cemarkan nama2 blogger mcm kita

http://sishawa.blogspot.my/2017/03/jangan-bina-blog-palsu.html

Ada juga orang macamni kan. Baiklah guna identiti sendiri untuk buat blog. Buat apa jadi orang lain? Tak faham betul la.

Apalah motif dia,,, jahat betul...

ade masalah mental agknye orang nie farah...xpe awak da report polis nnt biar polis setelkan...bertabah la ye dear....

rasanya perkataan bah ni org sabah jak guna.. bahya nya..

Iye, harap boleh selesaikan secara baik, silakan share ye..sebab sy tak dapat contact pemilik blog ni.

Sebab menggunakan gambar orang lain untuk blognya.

Kepada my reader, my follower dan kawan2 silakan share dan repost entry ini...saya izinkan.

Entahlah, secara tak langsung memburukkan nama saya..

Tulah, saya dulu pun pernah kena macam tu...sekarang pic pulak orang curi.

Sekarang ni semua pic orang leh curi untuk buat khianat..kena letak watermark lah nampaknya tapi tu pun belum tentu selamat..

Iye..lepas ambik post dan gambar orang lain dia buat banyak posting khabar angin pulak.

Silakan sis, share dan panjangkan postingan ini...

Tulah, dahla buat blog yang banyak sebar khabar angin dan fitnah.

Kalau nak pakai pic pakai la pic sendiri, tak pasal2 orang akan fikir saya yang buat blog tu :'(

Tulah, nak cari dia punya contact pun susah, tak tahu macam mana caranya...memang kena reportlah nampaknya.

Nampak macam orang sabah tapi tak tahulah betul ke tidak...:(

apalah yg dia dpt guna gmbar orang.. alahai ada juga org mcm ni. x ada identiti sndiri.. smoga isu ni cepat selesai ye farah.. takut jgk mcm ni..

Bertanggungjawab betul. Kenapalah gambar orang lain juga dia guna.

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Pesanan:
Anda tidak dibenarkan sama sekali mengambil/menyalin/menyimpan/print screen mana-mana kandungan blog ini kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dilanggar.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.
Cik Nurfarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top