Thursday, March 23, 2017

Tonik rambut yang berkesan - Aily Hair Tonic

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Lamaaaa aku tak buat segmen review kat blog Cik Nurfarah yer..
Untuk segmen ni aku guna kata ganti diri aku yer..mudah nak berkomunikasi dengan korang.


Kali ni aku nak share barangan yang aku pernah guna, berkualiti bagus dan berkesan pada aku.
Memang susah juga nak cari produk ni sebab tak sepopular produk penjagaan rambut  lain tapi kalau dah tahu keberkesanannya memang tak cari yang lain, mana tahu korang tengah mencari jenama tonik rambut yang bagus, so review aku ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk servei-servei produk bagus.

Macam mana aku boleh berkenalan dengan tonik rambut ni ye?.. Dulu masa zaman UKM aku suka juga buat rebonding rambut. Walaupun bertudung tapi stay juga nak rebonding, untuk kepuasan sendirikan. Masa tu aku ada masalah rambut gugur dan kelemumur, jadi memang akan buat rambut jadi makin menipis sebab dah banyak rambut gugur. Lepas tu, akak yang kat salon tu suggest la tonik rambut ni, mula-mula macam malas je nak try tapi sebab fikirkan kelemumur makin menebal so try je,.alhamdulilah seminggu pemakaian dah nampak hasilnya, rambut dah tak gugur lagi, masalah kelemumur pun dah tak ada. Memang teruskan pemakaian je. Tapi yang sedihnya, tonik rambut aku ni hilang tak dapat dikesan, mungkin terlupa letak atau terhilang sendiri.

Agak sukar juga nak cari tonik rambut ni, tapi korang try cari kat kedai-kedai jamu atau salon rambut. Masa tu aku beli kat salon kat Ampang. Sekarang ni aku order online je, kat online shop, kat lazada pun ada juga, cuba korang try search kalau nak cari ye. Harga ada yang tawarkan RM18, 20, dan 25..masa kat salon tu dia bagi harga RM25. Kandungan setiap botol ada 100ml.

Harga memang berpatutan dan kesannya sangat memuasakan. Sebelum ni ada juga try tonik rambut jenama lain tapi macam tak ada perubahan pun.

Macam mana nak guna?
-Basuh rambut korang dengan syampu dan bilas.
-Keringkan kulit kepala, biar macam lembab-lembab separuh kering dan letakkan tonik pada kulit kepala.
-Boleh pakai hari-hari. Kalau rambut dah ok boleh jarakkan penggunaan sebab fungsi dia akan melebatkan rambut juga.

Lepas tu tengok perubahannya, memang bagus.
Pada rambut aku memang ada perubahan, terutamanya dapat mengurangkan kelemumur dan boleh menghapuskan kelemumur juga, lepas tu mengalakkan pertumbuhan rambut baru. Lembut je rasa rambut. 


Bau?
Dia bau-bau  tonik yang rasa beragin tu..nyaman je..

My Review

Yang BEST:
-Murah
-Berkesan untuk kelemumur dan kulit kepala gatal
-Melebatkan rambut
-Rambut jadi lembut

Yang TAK BEST:
-Susah nak cari
-Mungkin bau dia ada orang kurang senang. sebab bau dia "tonik sangat"


rating 9/10

yang penting aku pakai berkesan..

sekian itu sahaja untuk review kali ini. Masih berfikir untuk membuka segmen review berbayar atau tidak sebab aku agak busy!. Ok bye 😚

Thursday, March 9, 2017

Tempahan Design Blog dari Cerita Abi, CikZa Beauty Shop dan Dunia Sihat Cik Am

Assalamualaikum,

Kali ni Cik Farah nak review 3 blog sekali gus, senang korang terus cuci mata. Kalau berminat nak buat blog idaman boleh terus hubungi Cik Farah. Maklumlah harga promosi masih berlangsung dengan meriahnya. Bila dah tamat tempoh promosi, sila jangan garu kepala ya..hehehehe... Harga yang Cik farah berikan tersangatlah berbaloi-baloi dan mampu milik. Zaman-zaman duit macam air yang mencurah-curahnya ni mesti nakkan penjimatan ye dakk so ni dah bagi harga super jimat. Kalau rasa nak murah lagi silalah design sendiri 😜😜😜. Cik Farah dah bermurah hati memberikan harga mampu milik pada korang ni.

Tempahan pertama datangnya dari Cerita Abi, blog bertemakan hijau. 2 column. Blog ni simple sahaja, tak ada bunga-bunga ya..ni blog lelaki memang mudah nak cari idea, cuma bermain dengan warna agar sesuai dengan themanya.

Tuan blog memilih gambar beliau sebagai penghias header. Cik Farah padankan campuran warna hijau muda dan hijau gelap supaya lebih sesuai.

Ini adalah keseluruhan template blog, thema hijau muda.


Berita baik, mukai tahun 2017, Cik Farah berinovasi baru membuat kotak komen yang lebih kemas dan tersusun untuk pelanggan Cik Farah ya...
Semua screen shoot Cik Farah ambil di blog khas untuk mendesign sahaja untuk memudahkan full view.
Jom, kita live view blog beliau, banyak pengalman, tips dan perkongsian dalam blog beliau.





Blog kedua, dalam minggu ini juga disiapkan, blog online biz. Macam-macam barangan kesihatan dan kecantikan yang dijual. Blog CikZa Beauty Shop. Tuan blog inginkan design warna pink dan thema bunga-bunga dekat header. Selain itu beliau ingin meletakkan produk jualan beliau di header. Cik Farah jenuh juga cari idea macam mana nak sesuaikan permintaan pelanggan dengan header yang Cik Farah nak buat ni, alhamdulilah terhasilnya header ini.


Untuk bahagian atas, Cik farah letakkan nama blog dan maklumat peniaga. Manakala bunga rose sebagai penghias atas body blog, gambar-gambar produk cik Farah combinekan dan buat macam banner yang tergantung. Alhamdulilah tuan blog sukakan design ni.


Cik Farah mengunakan dua jenis pink untuk sesuaikan dengan thema yang dikenhendaki oleh tuan blog.

Jomlah kita pergi shopping kat blog CikZa ye, macam-macam ada jual, rambang mata dibuatnya.





Blog yang ketiga ni baru je Cik Farah finalkan dengan tuan blog. Beliau baru berblog, so blog masih baru. Tuan blog nak warna pastel..hijau mint. Untuk design sesuatu artwork ni kena pandai bermain warna agar design kita tu tak tengelam, tambah-tambah kalau kita guna pastel colour. Sebenarnya Cik Farah pening juga nak cari tone yang betul-betul sesuai supaya design tersebut tak tengelam. Hasilnya inilah header first time Cik Farah guna ala-ala lace..hehehe..nampak sangat kelembutan di situ..





Template ringkas dan sedap mata memandang.
Kalau nak tengok live boleh ke blog beliau ye:


Sekian itu sahaja untuk review hari ini, jika betul-betul berminat boleh hubungi Cik Farah ya, what apps je Cik Farah, insyallah akan dibalas.

Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖

Tempahan Artwork- Header, banner, iklan

Assalamualaikum,

Hari ni nak update tentang tempahan artwork selain template blog, Cik Farah ambil juga tempahan art work ni untuk sampingan (bergantung pada tempahan blog), jika Cik Farah tak busy, Cik Farah akan ambil tempahan artwork..kalau tempahan blog banyak terpaksa skip untuk temphan artwork.

Tempahan artwork ni termasuk:
  • Header
  • Banner
  • Card Design
  • dan sebagainya
Banyak juga terima tempahan ni, semua harga bergantung pada jenis dan design juga tapi insyallah mampu milik. Kalau Cik Farah tak mampu nak buat, Cik Farah akan bagitahu awal-awal ya...kalau nak urgent kita cas extra sikit..bukan senang nak cari idea nak mendesign ni..boleh sakit kepala tau..yang terlampau cerewit nak kebabom sangat pun Cik Farah terpaksa reject ya..maklumlah kita bukan designer kebabomm pun 💆💆💆

Tempahan header dari Zee Nadzirah, beliau nak header simple untuk blog biz beliau.






Selain itu, tempahan banner dari T-shirt Printing Murah Selangor untuk iklan di blog dan fan Pages beliau. Kalau nak tempah T-shirt murah bolehla jenguk blog beliau.



banner sticker
Banner untuk sticker


Watermark

Banner animated


Banyak lagi, Cik Farah pun dah lupa mana Cik Farah letak artwork semua tu, laptop pun dah nak minta nyawa sebab banyak sangat artwork dalam ni.

Harga sangat berpatutan, berbaloi dan mampu milik..insyaallah.

Berminat boleh hubungi Cik Farah: 017 2788 373 (Whatapps only)

 Kalau nak tempah blog boleh tengok maklumat:


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header


p/s: Maaf kalau ada artwork yang cik farah tak update, banyak sangat sampai tak tahu kat mana simpan..tq tempah dengan Cik Farah, ada 3 blog lagi belum review..sabarrr..



Tuesday, March 7, 2017

Tempahan Edit Blog 2016-2017

PROMOSI TEMPAHAN EDIT/DESIGN BLOG HANYA 
RM XX.00 SAHAJA (HARGA MAMPU MILIK)
💟(Untuk entry terbaru boleh rujuk/scroll di bawah)💟

Assalamualaikum,
Alhamdulilah ramai yang menempah sempena promosi harga untuk edit blog ni.😍
Promosi ini untuk full template only..kalau nak asing-asing harga akan jadi normal, jadi rugi kala korang tak buat tempahan full template sekarang.

Bagaimana pula kalau ada special request macam nak buat create blog, tapak blog or lain-lain permintaan yang tidak kena mengena dengan template..itu kita boleh bincang sebab harga masih lagi mampu milik.

Harga Cik Farah mahal? Rasanya dah sangat berpatutanlah..sebab Cik Farah juga bukan setakat design kat PS tapi kena bersengkang mata edit HTML kat blog, sila compare template Cik Farah dengan template orang lain..kalau nak kelainan (pasti berbezakan...), nak harga10 sen sila design sendiri..😛😛😛.


PAKEJ FULL TEMPLATE
  • Header
  • Template Body (sidebar, post body, blockquote, ect)
  • Footer
  • Tab Menu (mengikut permintaan)
  • Review Blog (percuma mengikut permintaan, kalau tak nak boleh bagitahu awal-awal; secara tak sengaja up trafik blog korang)
  • Template mesra SEO (coding template akan dioptimakan untuk mesra SEO)

TEMPOH MASA 3-7 HARI, BERGANTUNG PADA GILIRAN ANDA.

FULL PAYMENT


Saya hanya mendesign template dan edit blog sahaja, tidak mengambil khidmat untuk "create atau buat blog atau update entry anda/ubahsuai kandungan entry/blog anda- jika inginkan semua itu boleh berbincangan dan ada cas tambahan dikenakan.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk dan buat pembacaan DI SINI.


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

#Untuk promosi ini Cik Farah ambil limited je tau, siapa cepat dia dapat!

Tempahan Design Blog dari Kamsiah Yusoff

Assalamualaikum,

Dah bulan Mac dah kita di tahun 2017, fuhh cepat masa berlalu..macam berlari-lari jekan..
Maaf Cik Farah jarang update blog kerana kesibukan hal duniawi ni,

Alhamdulilah kali ni Cik Farah nak review tempahan dari pelanggan Cik Farah iaitu Kak Kamsiah Yusoff, terima kasih  kerana menempah dengan Cik Farah ya!

Thema blog akak ni pink! yes, warna kesukaan Cik Farah juga,


Kak Kamsiah memberikan Cik Farah sekeping photo untuk dijadikan header beliau, jadi fikir-punya fikir, Cik Farah pun buatlah jenis header macam ni untuk sesuaikan dengan photo yang diberi oleh pelanggan. Thema lebih kepada rose.

Untuk template, beliau inginkan 2 column seperti di bawah:


Untuk footer Cik Farah hiaskan dengan jambangan bunga rose pink untuk sesuaikan dengan headernya.
Alhamdulilah tuan blog sukakan design ini..😍😍😍


Ini pulak jenis kotak komen beliau, Cik Farah buat jenis macam ni agar lebih kemas dan mudah pengomen untuk komen blog tuan blog.

Semua screen shoot Cik farah ambil dari blog design Cik farah sebab lebih mudah nak lihat keseluruhan design tersebut.

Nak tengok secara real?
Jomlah kita serbu blog tuan blog ya, banyak tip, resepi dan info ada kat blog beliau!


Korang nak tempah design blog idaman dengan harga yang mampu milik???


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.