Social Media

Semoga murah rezeki kepada yang FOLLOW ❤

Ayat Kursi 9 Wakaf

|
Assalamualaikum...
Selalu kita baca ayat kursi terus je, kadang-kadang tak tahu mana patut wakaf, mana tidak.
Jadi kali ini mari kita perbaiki bacaan kita dengan betul, iaitu baca dengan 9 wakaf seperti di bawah:





Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


Cara untuk melindungi diri:

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.



P/s: Cik farah akan ulang ayat ke 8 dan 9 sebanyak 7x sebagai niat untuk melindungi diri dari niat-niat jahat makluk Allah (seeloknya tiap kali lepas solat, keluar rumah dan nak tidur). Semoga kita dilindungi dari niat jahat manusia, jin dan syaitan. Semoga memberi manfaat..ameen yarabbal alamin..


Kurang 2 bulan lagi.

|
Assalamualaikum warga pembaca sekalian alam.

Alhamdulilah one step closer 16 Ogos 2015...and second step kurang lagi 2 bulan. So tengah busy buat persiapan bertunang.

Thema warna of course warna pink plus putih, Memang kesukaan walaupun orang tu cakap pink tak menarik...tapi aku memang pilih pink putih.


Cantikkan tone warna tu, memang tak nak warna lain dah.
Pada 16 Ogos 2015 hari tu hanya merisik khabar. Alhamdulilah, perkenalan kami sekejap je..dan tak sangka aku boleh terima hubungan baru ini setelah banyak perkara melukan hati, tapi masih memberi peluang pada insan yang benar-benar inginkan hubungan ini. Restu kedua belah pihak sangat penting bagi aku, alhamdulilah mendapat restu keluarga. Next step bertunang insyaallah last step bernikah. Aku memang nak step by step. Kalau boleh nak bertunang, bernikah sekali dalam hidup dan kekal hingga akhir hayat...bahagia dunia akhirat.

Alhamdulilah, selepas perbincangan kedua belah pihak, cincin tanda di sarung oleh bakal ibu mertua. Aku pakai simple-simple je sebab memang duduk kat dapur, bila nak sarung cincin je naik atas hehehe...malu tau...sebab hanya merisik je so tak nak la over-over..tunang pun aku nak simple-simple je.


Cantik tak tone warna ni, pink putih...bunga ni cari kat Fah Lean Floral sebab dekat dengan rumah sewa aku. Bunga-bunga kat situ memang banyak pilihan, barangan perkahwinan lain pun banyak...sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Harga berpatutan.


Borong barang-barang ni untuk buat hantaran. Sebab nanti terus bawa semua hantaran..so masa nikah tak payah berdulang-dulang bagai dah... Esoknya pergi Nilai 3 tapi macam mahal je, nak pergi Jalan TAR tengah busy BERSIH so memang tak pergi la.
Dulang pula nak pinjam adik punya hehehe...tapi nak try tengok kat Jalan TAR nanti...
Balik dari Nilai 3, pergi Bangi topup beli bunga ni pulak....

Rasanya stock bunga untuk buat gubahan hantaran cukup agaknya hehehe...
Harap gubahan nanti menjadi la...idea masih berlegar-legar dalam kepala lagi ni hehehe..
Baju bertunang pun belum beli lagi..adoiii..masih ada masa lagi ni.

Cincin tanda kiterr...

Ada orang tu marah, kalau kite tak pakai cincin dia, yess boss I pakai la ni, memang everyday pakai sejak risik merisik tu.

Melalui perbincangan kami cadang nak bagi 11 dulang dari pihak perempuan dan dibalas 9 dulang dari pihak lelaki.

So, aku senaraikan barang hantaran, mana tahu boleh bagi idea pada korang yang nak bertunang nanti.

Hantaran untuk pihak lelaki.
1. Sirih junjung
2. Sejadah
3. Jam tangan
4. Kasut + Stokin
5. Songkok
6. Set Perfumes
7. Tuala
8. Garam + Gula (ikut adat)
9. Air merah-minuman (ikut adat) aku letak air tin marinda strawberry je.
10. Kek Tunang
11. Buah-buahan
 
Hantaran untuk pihak perempuan.
1. Sirih Junjung
2. Cincin tunang
3. Persalinan langkah bendul (untuk dua orang kakak)
4. Jam tangan
5. Hand bag + kasut
6. Set Perfumes
7. Telekung
8. Kek tunang
9. Buah-buahan

Selalunya hantaran akan lagi banyak sebab saudara-mara akan tambah lagi barangan makanan dan kuih muih sebagai hantaran. Best la pihak lelakikan hehehe..

Nak tengok bakal tunang kiter??? ohh rahsia..bagi tengok separuh je.


Nanti dah sah jadi my hubby, kita bagi tnjuk la ye...
Doakan semua berjalan lancar ye...dan dipermudahkan segala urusan..amin...

Jomlah kita diet, sebab badan makin membesar bagaikan juara..

Bye...


Wanita dan Beg Tangan

|

Assalammualaikum..


Lama tak dengar khabar kan..
Sekarang ni sibuk nak buat persiapan untuk hari-hari bahagia...
Alhamdulilah semoga sinar bahagia ini kekal hingga ke syurga.
Farah memang suka beg tangan. Wanita dan beg tangan memang tak boleh dipisahkan, sekarang tengah cari-cari beg tangan wanita yang sesuai untuk dijadikan hantaran. Semestinya kena cari yang Farah suka, kalau pattern yang Farah tak suka mesti beg tu dalam almari jadi pekasam kan...

Terdapat pelbagai jenis beg tangan wanita yang direka untuk pelbagai kegunaan wanita. Jenis beg tangan wanita adalah seperti tote bag, shoulder bag, sling bag, purses, shopper bag, clutches dan banyak lagi. Setiap satu beg mempunyai rekaan dan fungsi yang berbeza dan sebagai contoh, saiz purse atau dompet yang kecil adalah bersesuaian sebagai penyimpan wang dan kad-kad anda yang penting. Begitu juga dengan tote bag yang bersaiz besar dan mempunyai banyak compartment adalah jenis beg tangan yang paling sesuai untuk dibawa ke pejabat.

Tapi Farah sangat suka beg tangan yang besar macam shoulder bag sebab Farah jenis suka bawa banyak barang macam perfume, alat solek, dan macam-macam lagi yang boleh sumbat dalam beg tangan tu..ala-ala poket doraemon je. Tapi kalau nak lebih sistematik kena ada organizer bag. Contohnya macam beg Farah ni, bersepah sangat :


http://4.bp.blogspot.com/-PLI0pFGnToA/Uaa9tQrk8MI/AAAAAAAAHRE/WCFIYNrjG5g/s1600/IMG_1232.JPG

So, dengan adanya bag organizer barang-barang lebih tersusun dan menjimatkan masa kita.

http://3.bp.blogspot.com/-hpAGdGAeWpI/UabABxlAyVI/AAAAAAAAHR4/Hq7LJDNqiW8/s1600/IMG_1235.JPG

Taraaaa..semua dah tersusun kan..jadi tak payah nak take time nak cari barang susah-susah..nak tukar-tukar handbag pun senang just angkat organizer bag ni je dan letak dalam beg tangan korang macam ni:

http://1.bp.blogspot.com/-fnQ_AMIs0Fs/UabA9ug0ZpI/AAAAAAAAHSU/-OdwDj-5oq8/s1600/IMG_1240.JPG
Siapppp!!

Selalunya, wanita banyak melaram beg tangan ke majlis-majlis istimewa seperti annual dinner syarikat. Kita semua sedia maklum bahawa rata-rata individu akan bergaya sakan untuk menghadiri acara tahunan syarikat seumpama ini. Bagi kaum wanita, biasanya mereka akan tampil dengan koleksi kaum labuh dan ada juga yang sanggup menyewa pakaian semata-mata untuk kelihatan lebih menyerlah. Oleh yang demikian, berikut merupakan jenis beg yang paling sesuai untuk dipadankan dengan jenis pakaian glamour tersebut;


Koleksi clutches yang cukup simple dan elegan ini amat sesuai untuk dipadankan dengan koleksi dress yang glamour.

Selain clutches, sling bag seperti berikut juga merupakan jenis beg yang sesuai untuk digayakan ketika menghadiri majlis-majlis istimewa.

Dan jika anda ingin membawa barangan peribadi anda serta memerlukan beg yang bersaiz besar, gayakan bersama beg tote seperti berikut. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Farah juga sukakan tote bag sebab bersaiz sederhana.dan nampak istimewa.

http://4.bp.blogspot.com/-kVuMy117avA/Up13v7LUKvI/AAAAAAAAIcc/qDYVm96g1AA/s1600/20131130_105006.jpg

Ok, selamat bergaya dengan bag tangan kesukaan korang, perempuan dan beg tangan macam bestfriends!

Bye...


Kelebihan Selawat Tafrijiyyah atau Selawat Nariyah

|
Assalamualaikum, kali ni Cik Farah nak share tentang selawat yang baik diamalkan iaitu Selawat Tafrijiyyah atau Selawat Nariyah atau Selawat Kamilah.

Selawat Tafrijiyyah



Yang bermaksud:
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".



Cik Farah juga dah edit sekali Jawi dan Rumi agar mudah pembaca membaca. Mula-mula agak payah juga nak menyebut tapi praktik banyak kali alhamdulilah lancar. Semoga memberi manfaat kepada semua. Kalau nak copy picture di bawah silakan...halal ilmu dunia akhirat.

Versi Jawi Rumi

Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
.
 Imam ad-Dainuri r..a.
  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.


KELEBIHAN LAIN:

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah... Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita..
Antara kelebihan berselawat ialah :
i). Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
ii). Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
iii). Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
iv). Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani 


p/s: Alhamdulilah hati berasa tenang lepas mengamalkannya. Semoga memberi manfaat.

Custom Post Signature

Custom Post  Signature