Social Media

Semoga murah rezeki kepada yang FOLLOW ❤

Kebaikan Evening Primrose Oil (EPO)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama Cik Farah tak kongsi info kesihatan.
Sebenarnya asyik bertanggung je untuk share info kesihatan berguna ni.

Cik Farah dah lama amalkan Evening Primrose Oil(EPO) ni tapi sebab dah rasa badan sihat terus tak amalkan lagi. Tapi sebelum tu nak bagitahu apa itu evening primrose??

Apa itu evening primrose oil?

Evening Primrose Oil adalah salah satu jenis minyak yang dihasilkan dari tanaman Evening Primrose. Tanaman ini termasuk dalam tanaman liar yang banyak ditemukan di kawasan Amerika Timur dan juga Amerika Utara.

Kembali kepada tajuk perbincangan kita. Evening primrose ni aku amalkan masa zaman kampus lagi sebab masa tu masalah sengugut, so lepas makan tu alhamdulilah masalah sengugut berkurangan dan tak sakit lagi bila bulan mengambang.

Aku beli jenama Seven Seas kat Guardian (RM70.00 ++)

Aku beli 3 pack sekali gus (pakej 3 pack) jadi tahan 3 bulan punya stock sebab 1 pack ada 30 soft gel.

Dulu aku ada masalah period tak teratur, so sebab leceh sangat aku pergi klinik sebab nak minta ubat hormon.. Alhamdulilah dapat doctor yang bagi nasihat yang baik, dia taknak bagi aku pill horman sebab aku belum kawin, takut effect lepas berkahwin...dia nasihatkan aku ambil supplement seperti evening primrose untuk masalah wanita ni.

Alhamdulilah lepas makan, period pun ok lepas tu kulit rasa lembab, dan mengurangkan rambut gugur.

Tapi sekarang ni aku ambil semula dan tukar jenama, sebelum ni pakai Seven Seas tapi lepas tu aku tukar kepada Eurobio.. Konon nak try brand lain sebab sebelum ni pernah ambil vitamin C Eurobio dan sangat best! Pilih brand yang best dan berkesan je (rajin kita review yerrr)

Brand Eurobio Evening Primrose ni aku beli kat farmasi, beli botol besar terus 120 softgel je..senang tahan 4 bulan. Rm 52 je kat farmasi, (Watson dan Guardian rasanya tak ada brand ni). Alhamdulilah rasa serasi juga dengan brand ni, kulit rasa lembab je, rambut kurang gugur dan period kembali ok. Lepas tu sistem penghadaman pun bagus senang nak membuang pagi-pagi 😉

Lega botol besar terus!

Jenis soft gel, dalamnya jenis berminyak, walaupun besar senang je telan...

Antara kebaikan EPO yang boleh kongsikan;
1. Membantu mengawal kitaran haid.
2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
3. Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
4. Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak.
5. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
6. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
7. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)
#Info tambahan

Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit :~

• Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.
Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom):~

• Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .
Diabetic Neuropathy:~
• Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.
Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol:~
• Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
Osteoporosis:~
• Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO :~

• Mengurangkan radang dan sakit sendi
• Melegakan sclerosis
• Kanser terutama kanser payudara
• Mengurangkan tekanan darah

**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.

Pada pendapat aku, EPO ni memang bermanfaat diamalkan sebab dia jenis vitamin semulajadi. Tapi kesannya ikut orang juga, macam aku seminggu dah nampak kesannya, kelembabpan kulit memang terasa sebab aku jenis kulit kering kalau kurang minum air. Semua ni bergantung pada seseorang juga yang penting kena amalkan secara konsisten ye...(jangan nak hasil cepat je tau!)

Better amalkan supplement macam ni daripada supplement "segera" yang kita tak tahu kesan pengambilannya. Bukan aku nak burukkan produk baru yang berlambak dipasaran tu, tapi produk tak sampai setahun jagung dah claim tak ada kesan sampingan. So jadilah pengguna yang bijak.

Ok, sampai di sini sahaja perkongsian, jumpa next entry 😉

#Untuk masalah period kesan boleh dilihat selepas 2-3  bulan (masalah period tak menentu)..tapi bergantung pada individu juga..lepas ni boleh try EPO with fish oil pula. 😍
mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Eu evening primrose?
Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Tempahan Design Blog dari T-Shirt Printing and Design

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga dunia.

Tempahan blog masih dibuka lagi dan masih dalam tempoh promosi.
Kali ni nak review blog customers yang baru menempah dengan Cik Farah.

Blog ni blog biz.
Thema biru, hitam dan putih.

Header beliau:

Full template beliau jenis 3 column:

Kepada sesiapa nak tempah baju kelas, persatuan, kelab boleh PM tuan blog ye kerana beliau menawarkan perkhidmatan mencetak baju yang berkualiti. Tshirt dan baju jenama lain pun ada boleh la jenguk-jenguk. Korang pasti berpuas hati dengan kualitinya.

Kalau nak skodeng blog beliau boleh click banner di bawah tu ye.

http://tshirtprintingselangor.blogspot.my/

Jangan lupa follow blog T-shirt Printing Murah Selangor

Terima kasih kerana menempah dengan Cik Farah.

Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata..

Happy blogging! 💓

Tutorial 145: Cara Posting Entry/ New Posting

Assalammualaikum w.b.t,
Hari ni cik farah nak ajar khas untuk blogger yang baru berjinak-jinak dengan blog.
Kalau yang sudah terror tu sila main jauh-jauh yer..😛

Tutorial kali ini, cara untuk posting entry. Kalau yang pertama kali nak buat entry mesti rasa kekok..nak buat macam mana yer?? Dah la dengan new look blogger yang tak syok tu. 😡

1.  Sila click laman web ini ===>  https://www.blogger.com

2. Click SIGN IN untuk masuk ke laman web blogger

3. Masukkan email…..tekan NEXT dan masukkan PASSWORD seterusnya click SIGN IN.

4. Click bahagian POST seperti gambar di atas dan click NEW POST.

Ckick untuk pertumbuhbesaran
5.  Rujuk gambar di atas.

- Tulis tajuk posting korang
- Entry-posting korang
- Labels (label sangat penting agar posting/entry korang lebih tersusun dan sistematik) contoh: blog tutorial, so bila orang click labels blog tutorial semua entry/posting yang berkaitan dengan blog tutorials akan keluar jadi reader senang nak baca entry/posting korang.

6. Lepas siap semua tu bolehlah PUBLISH yerrr…

Selamat mencuba! Happy blogging.

Tempahan Design Blog dari Fatihah Azri

Assalamualaikum,
Promosi design blog masih dibuka seperti sediakala.
Kali ni, Cik farah nak preview satu lagi blog pelanggan.
Themanya pink!..ok Cik Fara memang tak boleh move on dengan pink, sebab tu pink is back selepas thema tu berlalu.

Thema blog adalah pink..

Sorry, cik Farah screen shoot kat blog design Cik Farah untuk tunjukkan full wajah blog
Sebenarnya Cik Farah pun suka colour ni rasa berbunga-bunga je hati ni melihatnya.

Header, beliau nak letak gambar beliau yang comel tu hehehe :)

Jomlah kita jenguk blog Fatihah, boleh la follow dan jadi pembaca setia. Tq tempah dengan Cik Farah yerr..

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau...
What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Tempahan Design Blog dari Bunga Sakura Kee

Assalamualaikum,
Rajin review blog customers kan...
Yahh lega dah siapkan semua tempahan kalian,
Harap happy dengan hasil kerja Cik Farah.

So sesiapa nak menempah tu harap boleh contact Cik farah secepat mungkin..sebab kalau Cik Farah buzy terpaksa menolak tempahan..buat secara termampu je..lebih-lebih takut tak terkejar ya..so siapa cepat dia dapat ya! kalau lambat melepaslah yer...

Kali ni kita nak review lagi blog..kali ni thema pink mix purple.

Tempahan dari Bunga Sakura Kee.

Maaf yer, Cik Farah screen shoot dari blog testing sebab nak full shoot dan tak nak terlalu panjang, so korang boleh tengok dengan jelas.

Blog ini thema lebih kepada bunga-bunga..jadi kita tonjolkan bunga sakura bersesuaian dengan nama blog yang comel tu kan..

Untuk header blog tuan blog lebih prefer letak nama blog...dan Cik farah buat flower banner untuk header.

Terima kasih menempah dengan Cik Farah, jomlah kita pergi jenguk-jenguk blog beliau yaa..boleh follow sekali. Beliau pun blogger baru :) selamat berblog.

Nak buat tempahan?? berminat??

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau... What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Tempahan Design Blog dari Safaz Zahrah Resources

Assalamualaikum,

Kali ni kita nak review tempahan design blog dari Safaz Zahrah Resources.

Tempahan ini lebih formal sebab biz blog.

https://2.bp.blogspot.com/-ImZWz2398_w/WDqVHNxe5cI/AAAAAAAAK4M/f7ROc7r53OAvcUWq_wTYetgZTrEAH3MDgCLcB/s1600/szr%2Btemplate.png

Thema blog hitam mix kuning.
Susun atur permulaan blog ini juga Cik Farah buatkan sebab owner baru je buat blog.

Header juga lebih formal, logo-logo yang berkaitan dengan perkhidmatan perniagaan juga dimasukkn ke dalam header untuk memudahkan pelanggan mengetahui perkhidmatan syarikat.

Kalau anda tak reti nak buat tapak blog, tak pe..Cik Farah boleh buatkan mengikut perbincangan...tentang harga jangan malu-malu nak bincang..

Kalau nak tahu perkhidmatan apa yang Safaz Zahrah Resources buat, boleh la jenguk2 blog beliau yerr.

Nak buat tempahan?? berminat??

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau... What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Tempahan Design Blog dari Blog Cik Fiqa

Assalamualaikum, kita pulun review tempahan dari pelanggan tersayang.

Kali ni kita review tempahan dari Blog Cik Fiqa.

Tuan blog menginginkan thema green mint dan pink, jadi inilah hasilnya. Thema mix bunga-bunga pink yang subur berkembang di dalam blog..

Maaf, sebab Cik Farah just screen shoot dari blog design Cik Farah untuk dapatkan full shoot agar tak terlalu panjang.

Untuk header lebih kepada title blogdan thema lebih kepada flower vintage. I pilih rose sebab rose lebih cantik menarik dan deboomm.

Sidebar juga aku buat kelainan, theme bunga-bunga rose juga.

Suka tak??

Ok, kalau nak tengok real boleh pergi ke blog:-

Blog beliau juga ada share tentang resepi, tips dan review. Banyak tips & beauty yang boleh korang tahu melalui blog beliau, so jangan malu-malu untuk pergi jenguk dan follow.

Nak buat tempahan?? berminat??

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau... What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Tempahan Design Blog dari Pelukis Mural Shah Alam

Assalamualaikum,

Maaf blog agak berhabuk sikit, kali ni baru berpeluang nak update pasal tempahan blog.

Kali ni tempahan dari Pelukis Mural Shah Alam.

Beliau nak 3 column, jadi aku gunakan 1200px agar nampak lebih jelas dan besar memandangkan tuan blog prefer kepada blog biz dan peribadi, banyak upload gambar jadi saiz yang sesuai adalah 1200 px.

Thema lebih kepada biz mural..untuk header tuan blog memilih gambar headernya sendiri dan aku padankan  dengan template.

Thema lebih kepada warna purple oren.

Blog ni aku design ala2 kanvas yang kena water colour la gitu...sebab lebih kepada thema lukisan. Untuk footer pun cuma letak gambar owner dan ucapan ringkas.

Kalau korang nak lihat secara Live boleh datang ke blog:-

Kalau berminat nak buat lukisan mural bolehla contact beliau ya..harga pun menarik..lukisan mural beliau juga semua cantik-cantik.

Nak buat tempahan?? berminat??

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau... What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Tutorial 144: Membuat Menu Bar Berserta Sub-menu/ Drop Tab Menu

Assalamualaikum lama tak share tutorial.
Kali ini Cik Farah sangat bermurah hati nak share coding menu bar baru pulak, khas untuk korang yang rasa jemu dengan tab menu lama kan...Cik Farah tak minta bayaran pun... ilmu yang ada perlu dikongsi untuk keberkatan bersama.

Kali ni jenis Menu Bar beserta sub-menu atau orang panggil drop tab menu.

Rupa bentuk Menu Bar ni seperti ini:

Tapi ada special sikit dia ada sub menu di bawahnya seperti ni :

So lebih jimat ruang dan lebih tersusun blog korangkan...

1.Login ke Blogspot, clik Template > Edit HTML > Rujuk sini

2. Selepas itu...cari code ini ]]></b:skin> dengan cara tekan CTRL F
3. Copy code di bawah dan PASTE di ATAS/SEBELUM code yang korang cari tadi.

#menubar{
border-bottom:4px solid #ff0000;
width:1025px;
height:32px;
background:#000000;
float:center;
margin-bottom:3px;

#menubar ul{
float:left;
margin:0;
padding:0;

#menubar li{
float:left;
list-style:none;
margin:0;
padding:0;

#menubar li a, #menubar li a:link{
float:left;
padding:8px 12px;
color:#fff;
text-decoration:none;
font-size:13px;
font-weight:bold;

#menubar li a:hover, #menubar li a:active, #menubar .current_page_item a  {
background: #ff0000;
color: #fff;
text-decoration:none;

#menubar li li a, #menubar li li a:link, #menubar li li a:visited{
font-size: 12px;
background: #ff0000;
color: #fff;
text-decoration:none;
width: 150px;
padding: 0px 10px;
line-height:30px;

#menubar li li a:hover, #menubar li li a:active {
background: #000000;
color: #ffffff;

#menubar li ul{
z-index:9999;
position:absolute;
left:-999em;
height:auto;
width:170px;
margin-top:32px;
border:1px solid ##ff0000;

#menubar li:hover ul, #menubar li li:hover ul, #menubar li li li:hover ul, #menubar li.sfhover ul, #menubar li li.sfhover ul, #menubar li li li.sfhover ul{
left:auto

#menubar li:hover, #menubar li.sfhover{
position:static

Petunjuk:
Code #ff0000 (border bawah menubar),
1025px (lebar menubar),
#000000(background menubar).

4. Try Preview, jika tak ada sebarang masalah. SAVE sahaja.

5. Selepas itu, Copy code di bawah:

Home

Tutorial Blog

Produk Review

Tempahan Blog

Info/Tips

Header Design

Blog Design

Contoh Template

6. Pergi ke Layout Blog > Add Gadget > Html/JavaScript (bahagian crosscol) dan Paste code di atas dalam Html/JavaScript tapi ubah dulu :

Petunjuk:
http://bicarafarah.blogspot.my - link korang
Home - tab menu title
http://bicarafarah.blogspot.my- sub menu/drop tab menu

7. Save dan lihat hasil.

*kenapa pakai tab menu ni bagus? Sebab kemas dan tersusun..boleh letak banyak menu...boleh delete, add ubah bila-bila masa, jimat masa daripada nak design kat PS.

Sekian itu sahaja. Selamat mencuba. Doakan Cik Farah Murah rezeki..❤❤❤❤❤

Kenapa entry tak meriah lagi?

Assalamualaikum..

Lama tak membebel macam dulu-dulu..dulu syok je update entry sekarang makin lupakan blog maklumlah banyak update dekat FB, tapi tu pun just share status orang je..rasa macam syokje just share..agaknya dah makin tua jadi sesi meluah perasaan pun tak serancak dulukan..just berdiam diri je kalau rasa tak penting.

Sekarang ni aku banyak ambil tempahan design blog so just mengadap blog customers je lah..2 blog dah siap just tinggal 1 je lagi nak finalkan..nanti aku review..kena ambil mood kalau nak review ni hehehe..

Cuba korang tengok kat Blog Archive aku, tahun 2014, 2015 dan 2016 amat sedih je bilangan entry aku..sangat la sedikit,,ni tahun-tahun selepas menamatkan pengajian so lebih tertumpu kepada pekerjaan, jadi masa nak update tu memang terbatas..sebenarnya boleh je nak update tapi sebab ada penyakit MALAS so memang terperap je la blog penuh sawang.

Sebenarnya tempoh 3 tahun ni macam-macam suka duka yang dirasai..kadang-kadang rasa nak share tapi maybe diam lebih baik...semua perkara tu mematangkan aku sebagai hamba Allah dimuka bumi ni.

Nanti kalau rajin aku update la story2 kat blog..ikut mood jugakan..
Ada juga reader nak letak iklan dalam blog tapi buat masa ni aku tak nak ambil dulu sebab aku kurang aktif berblog, pages view pun tak meriah sangat so tunggu aku aktif semula..sebab aku tak suka ambil iklan kalau iklan tu tak mendatangkan hasil kepada korang...tunggu blog aktif yerr..insyaallah akan buka iklan dan review produk.

Opps sekarang ni tengah diet sebab rasa makin kegemukan. Tiba-tiba rasa rindu pada someone yang suka kita makan salad ni :'( Betul kata orang dugaan bertunang ni berat..segalanya serah pada Allah.

Sekarang ni dua ekor budak nilah peneman aku.. Si Uteh dan Mimi. Mimi ni adik aku bagi..jenis DLH aka mix mainecoon cat. Uteh sekarang agak nakal..suka curi2 keluar rumah..Mimi pun sama tapi Mimi lebih behave sikit..mudah di ajar..dan dengar kata..Uteh lak makin keras kepala.degil tahap nak lempang je montot dia..

Uteh Mucukk

Uteh dah dewasa..dalam setahun umur dia tapi dia dah sunat so tak la macam kucing jantan lain yang suka kencing merata..so tak la susah nak jaga. Cuma peragai suka curi keluar rumah tu yang geram..sebab selama ni dia kucing indoor..sekali dapat keluar..berjuta-juta kali la nak bebas...

Mimi ni dah masuk 10 bulan..tak sunat lagi sebab nak kitten hehehe..special tentang Mimi ni..dia suka berkepit dengan aku..manja dan kuat jeles kalau layan kucing lain lepas tu kalau panggil je nama dia terus datang. Hari tu dia dah bising sebab on heat so bagi dia suami..suaminya kucing jiran je hahaha..sebab asyik memekak siang malam nak cari BF..lepas tu terus senyap..mana tahu nanti leh ada babykan..

Mimi yang suka buat muka kalau marah

Sayang mereka ni, rasanya kucing betina lebih behave berbanding kucing jantan...Senang diajar dan lebih sensitif..macam manusia jugak ke??

Tuan blog?? stay muda remaja dan masih macam dulu juga hehehe..

Aku tahu ramai rindu kat aku..rindu tak??

Masih kekal remaja dan nampak macam budak sekolah lagi so orang tak sebuk tanya.."bila nak kahwin?'
So semua tu ada aku kesahh?? hahahaha...

Ok, rasa mata nak beradu je ni..lain masa jumpa lagi dan selamat malam :)

Wajah baru Blog Cik Nurfarah

Assalamualaikum..
Lama rasanya tak update blog..rindu kat blog ni.
Ada nampak perubahan baru tak blog Cik Farah ni??

Template dah tukar warna sebab nak rasa lebih fresh..tak nak all is PINK walaupun pink tu warna kecintaaan..jadi mix sikit dengan warna terquoise.
Bentuk post entry dan sidebar pun tukar kepada bentuk empat segi..dan header juga aku tukar kepada nama blog sahaja tanpa letak doodle atau gambar dan footer masih kekalkan ada trademark doodle khas aku.

Sebab tukar?? nak nampak kelainan dan nak nampak kematangan sikit..ala2 feminin gitu..sebab tu letak background rose vintage hehehe..

Saiz blog mula-mula nak kecilkan jadi 1000px tapi macam tak syok pula mata ni sebab mengecilkan gambar2 dalam entry sebelum ni jadi stay kekalkan 1200px supaya mata cerah memandangkan..

Kalau rasa berminat nak hasil tangan Cik farah boleh la what apps je kat no ni 017 2788373 yerrr..sebelum tu tengok2 la portfolio yang tersedia tu dan syarat2 tempahan..

Rasa nak bagi special prices je..kalau berminat cepat PM yer sebab siapa cepat q dia akan diutamakan..

Bye...

Tempahan Design Blog dari Handbeg Cosmetic

Assalamualaikum..
Alhamdulilah dan terima kasih menempah dengan Cik Farah.

Satu lagi blog sudah siap. Kali ni blog bisness. Tuan blog menginginkan 3 column dan berthema pink.

Warna pink ni kegemaran aku so senang nak adopt untuk design pink ni kan..

Akak ni jual pelbagai jenis handbag yang cantik-cantik. Kalau berminat boleh pergi cuci mata dan shopping sakan di sana. Harga pun sangat berpatutan.. Selain tu akak ni ada jual produk skin care iaitu LASOUL SKINCARE.

Reka bentuk header lebih kepada handbag yang meriah (bergantung gantungan gitu)..rasa nak sambar je semua handbag kat situ.

https://handbeg-cosmetic.blogspot.my/

Apa lagi jom kita serbu blog beliau di :

Nak buat tempahan?? berminat??

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau... What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Jom Cuba Sabun Bee Venom By SECRETLEAF

Assalamualaikum..

Hari ni nak share tentang produk yang makin hangat diperkatakan SABUN BEE VENOM BY SECRETLEAF.

SABUN yang mampu MERAWAT PELBAGAI MASAALAH KULIT ANDA DENGAN SELAMAT DAN KESAN YANG MENAKJUBKAN.

Kalau sabun biasa mata anda akan pedih bila sisa sabun masuk ke dalam mata dan menyebabkan mata menjadi merah..
TETAPI ....!! SABUN INI TIDAK MEMEDIHKAN MATA DAN HARUMAN YANG MENENANGKAN...

Menyelesaikan masaalah JERAWAT,JERAGAT,KULIT GELAP,KULIT KUSAM ,TONA TIDAK SEKATA ,KULIT KERING DAN SESUAI UNTUK MEREKA YANG KULIT SENSITIF...

MEMPERBAIKI KULIT ANDA DARI LUAR DAN DALAM...
KULIT MENJADI LICIN,CERAH DAN LEMBUT...

Secretleaf Bee-Liv Bee Venom Beauty Bar
Fungsi utama:
MeNEGANGkan kembali kulit
MenCERAHkan kulit dengan mengawal melanin
Menghilangkan JERAWAT
Mengawal dan mengurangkan JERAGAT
MemperBAIKI semua struktur kulit bawah dan atas
MeLEMBUTkan kulit dan menjadikannya lebih berseri
Menjadikan kulit anda kembali MUDA dan MENAWAN
Bee-Liv Bee Venom Beauty Bar @ Sabun Sengat Lebah Secretleaf ini mengandungi sengat/racun lebah sebenar, stem cell, peptide, kolagen, vitamin E dan aloe vera yang terbukti berkesan untuk masalah KULIT.

Jika berminat jangan segan-segan:

Pm@whatsapp 0189527086

Jom LIKE FAN PAGES

Ayat-ayat Syifa dalam Al-Quran (Penyembuh)

Assalamualaikum..
Aku nak share ilmu yang bermanfaat ni. Jom kita amalkan untuk kesihatan rohani dan jasmani.

1) Dan qur’an menyembuhkan hati orang-orang mukminin.
2) Dan penyembuh bagi suatu penyakit yg ada didalam dada.
3) Keluar dari perutnya minuman yg beraneka warna menjadi penyembuh bagi manusia.
4) Dan kami turunkan dari Qur’aan sesuatu yg jadi penyembuh dan rahmat bagi orang mukminin.
5) Dan apabila aku sakit, maka ia Allah menyembuhkan aku.
6) Katakanlah hai Muhammad. ia (Qur’aan) menjadi petunjuk dan penyembuh.

Keterangan:
Syeikh Imam Abil Qasim Al;Qusyairi menerangkan, bahawa suatu waktu anaknya sakit yang membimbangkan sehingga beliau merasa putus asa. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan Rasullulah s.a.w. dan beliau bertanya apakah ada ubat bagi penyakit yang dideritai oleh anaknya. Rasulullah s.a.w. berkata ” Apakah kamu tidak mengetahui ayat-ayat syifa?” Lalu Abil Qasim membuka Al-qur’an dan menemui ayat-ayat tersebut diatas lalu beliau segera menulisnya diatas kertas dan dilunturkan dalam air, lalu diberikan anaknya minum. Tidak lama selepas itu, anak yang sakit itu beransur sembuh dan akhirnya benar-benar sembuh.

p/s: Boleh dibaca tiap kali lepas solat..Cik Farah edit untuk memudahkan pembaca menghafal. Boleh share.

Custom Post Signature

Custom Post  Signature