Social Media

Semoga murah rezeki kepada yang FOLLOW ❤

Beraya dengan Mizzue Handbag Baru.

|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa!
Dah habis shopping raya ke?
Kali ni aku nak share tentang handbag baru.
Dah lama tak tukar handbag hampir dua tahun lebih.
Jadi, nak dekat raya ni bercadang nak tukar handbag baru.
Aku bukan jenis suka tukar-tukar handbag sebab tak suka nak ubah barang banyak kali, mesti ada yang tertinggal. Jenis aku juga, aku suka pakai handbag dalam jangka masa yang panjang juga. Kalau penggunaan jangka masa yang panjang, sudah tentu aku inginkan handbag yang berkualiti dan sesuai dengan aku.

Memandangkan aku sibuk dengan urusan seharian, aku pilih untuk shopping online. Aku pilih jenama Mizzue sebab banyak design yang aku suka. Ternyata memang rambang mata nak pilih!
Kalau ikutkan hati rasa nak pilih semua je tapi aku sukakan handbag jenis:
  • Berkualiti
  • Simple
  • Sling bag
  • Banyak ruang
  • Saiz sederhana
  • Selesa

Maka aku pilih Blanch Brawley - Colour Tan.

Blanch Brawley - Colour Tan pilihan hati.
Sisi belakang bag.

Serius, masa memula buka bungkusan handbag ni rasa sangat happy sebab memang kena dengan citarasa aku.Blanch Brawley dari Mizzue ni memang nampak simple tapi sangat best sebab memenuhi kehendak aku. Ruang bangnya memudahkan aku untuk isi barang-barang aku. Saiz bag yang sederhana, bersaiz A4, memang sangat sesuai dengan aku yang banyak barang.

Banyak ruang untuk isi barang.

Selalunya, kalau orang call mesti sampai habis call baru dapat cari handphone dalam bag. Sebab bag kita ni macam-macam barang yang kita letak tapi dengan Blanch Brawley Mizzue ni, senang je aku nak cari barang. Sebab banyak ruang untuk simpan barang-barang. Poket-poket kecil tu boleh simpan handphone, make-up dan barang peribadi lain.


Apa yang ada dalam handbag aku?

Cuba bayangkan kalau semua barang ni masuk dalam bag..mesti susah nak cari barangkan. Bayangkanlah ada handphone, purse, camera, broadband, balm, perfume, compact powder, lipstick, tisu, lotion, nota, pen, jam dan kunci kereta. Semua tu benda wajib yang perlu ada dalam handbag aku.
Sekarang ni aku tak perlukan bag organizer lagi sebab Blanch Brawley Mizzue aku ni dah orginizer bagi aku.

Tara!! barang yang berlambak tu dah tersusun rapi dalam bag ni :)

Selain itu, aku sukakan bag ni sebab meterialnya sangat berkualiti dan cantik. Jenis metarial PU dan sememangnya halal. Jadi, korang jangan risau, produk ni memang halal.

Close up sikit meterialnya...
Aku juga sukakan beg ni sebab sangat memudahkan aku, maklumlah kalau dalam keadaan sibuk, kita tak perlukan masa yang lama untuk cari barang. Dengan bag ni ada ruang yang mudah untuk kita akses barang. Boleh buka zip dan senang nak ambik barang tu.

Ruang tengah ni, kalu nak buka zip ke atau tutup zip pun ok je, sebab barang-barang masih selamat dan tak jatuh.
Jenis meterial bag yang lembut.

Metarial PU yang lembut ni sangat sesuai dengan jiwa aku. Rasa macam lebih feminin dan ayu-ayu gitu.
Zip kat belakang bag juga sangat memudahkan aku letak handphone atau kuci kereta. Tak perlu tercari-cari lagi.

Zip belakang bag

Kualiti?

Alhamdulilah aku sangat berpuas hati dengan kualiti handbag Mizzue ni. 
Kebanyakkan online shop, bila tengok gambar sangat hebat tapi kualiti barang kurang. Tetapi Mizzue handbag ni kualiti bag dan rupa sama seperti yang kita tengok dalam gambarnya, sangat berkualiti dan tak rugi membeli.. Serius sangat puas hati...jadi kalau nak tahu macam mana, korang kena beli sendiri.

Kualiti bag yang sempurna, jahitan yang kemas dan cantik.
Aku beli dengan harga:

RM 234.90

Mahal tak? Pada pendapat aku tak, sebab kualiti bag sangat bagus dan korang boleh pakai dalam jangka masa yang panjang.
Kalau nak info lanjut dan shopping jom CLICK SINI.

Pasti korang rambang mata!! Banyak offer menarik lagi tau..

Ok bye..


Tempahan Design Blog Sihat Anggun Vita @ Shaklee

|
Assalamualaikum,

Hari ni maraton update review blog yang telah ditempah oleh customer tersayang.

Tempahan kali ni dari Kak Zizi,
Beliau menjalankan biz shaklee.
Jadi kalau nak dapatkan produkl Shaklee bolehlah contact beliau ya..

Kak Zizi nak blog thema pink belacan.
2 column.
Header gambar produk dan owner.

Header kak Zizi. Cik Farah mix bunga, pic produk dan gambar owner blog.



Kat header diletakkan segala maklumat contact.

Body blog pula:


Cik Farah snap dari blog design Cik Farah supaya senang nak view kan.

Kalau nak dapatkan produk Shaklee boleh jenguk blog beliau dan follow sekali:


Sekian itu sahaja untuk review hari ini, jika betul-betul berminat boleh hubungi Cik Farah ya, what apps je Cik Farah, insyallah akan dibalas.



Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖


Tempahan Design Blog dan Artwork Cikgu Awan

|
Assalamualaikum,

Alhamdulilah ni antara customer yang kerap kali repeat tempahan dengan Cik Farah.

Thema blog awan, dan pelangi.
 2 column,
warna pink.

Header blog cikgu awan


Template:


Kalau nak tengok real boleh g sini:


Lepas tu, cikgu awan juga tempah artwork dengan Cik Farah.

Banner jualan:


T-shirt design.



First time Cik farah buat artwork untuk design baju.
Alhamdulilah customer suka..

Sekian itu sahaja untuk review hari ini, jika betul-betul berminat boleh hubungi Cik Farah ya, what apps je Cik Farah, insyallah akan dibalas.


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖

Tempahan Blog Xhundara Skin Care

|
Assalamualaikum,

Banyak blog belum review, insyaallah akan review satu persatu.

Kali ni Cik Farah dapat tempahan full template daripada blog biz,
Blog ni jual skin care jenama Xhundara.

Nak promote sikit tentang Xhundara ni, kalau berminat boleh terus Pm akak tu ye :)



Tahukah Uolls ada 1 produk yg boleh bg kesan ketara hebat dan lain dari yang lain⁉⁉❓❓

🆕🆕🆕 Teknologi terkini, paling selamat paling berkesan dan paling simple sekali.💯% bestttttt! Relaks relaks pun boleh ketara plolessnyaa...
meh nk cite skit...

*‼XHUNDARA SKIN CARE‼*
……………………
❤ *Apa itu Xhundara skincare?* ❤

Xhundara skin care adalah produk kecantikan yg mnggunakn bahan natural yg membantu merawat kulit dari dalam hingga terlihat diluar putih berseri sangat sangat.

Kandungan Xhundara:-
✨vitamin C
✨vitamin B3
✨ vitamin E
✨arbutin

kelebihan:-
⚡menghilangkn jerawat & jeragat dengan berkesan selamat walau seteruk manapun masalah tersebut
⚡memberikan kulit wajah sekata dan naik serinya
⚡memperbaiki jaringan kulit yang rosak di sebabkan pelbagai punca termasuk hormon tak stabil dan salah pilih produk
⚡lingkaran gelap bawah mata
⚡memadam parut hitam
⚡menghilangkan bintik kolestrol dengan berkesan
.
Cara guna simple sangat. Just cream dan cleanser. So easy‼Individu yang mempunyai lifestyle sangat sibuk di sarankan guna Xhundara. Hasil pasti memukau
.
Ini bukan janji kosong, kami bagi *Moneyback Guarantee* okay
.
Kami guide sampai cantik bermula dari sekarang
.
Kecantikan anda keceriaan kami
*"Enjoy a beautiful lifesty

Hubungi team marketing Xhundara : (free consultation)  
017 - 3787 - 626  (Ann)   
017 -  4106- 588 (Hana)    
011- 2717- 4048  (Noha) 
010 - 987- 1452   (Kaseh)  
011 - 2646 - 3889 (Kirana)  

Mereka guide sampai awak cantiikkkkk....Comeyyy..

Jangan PM Cik Farah tau, sebab Cik Farah tak jual produk ni, tolong promote je hehehe.

Jom kita review blog akak ni.
Thema peach pink iaitu seakan thema warna produknya.
2 column

Header di minta gambar produk dan gambar tuan blog:


Untuk full blog kita lihat di bawah ni:


Nak full snap terlalu panjang, jadi Cik Farah snap footer berlainan view. Footer:

Alhamdulilah, tuan blog sukakn design ni.

Jom serbu blog beliau:


Berminat tak dengan design Cik Farah?

Sekian itu sahaja untuk review hari ini, jika betul-betul berminat boleh hubungi Cik Farah ya, what apps je Cik Farah, insyallah akan dibalas.


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖

Tentang Printer dan Si Canon Pixma G2000 Baru.

|
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog cik Nurfarah.

Hari ni aku nak membebel pasal printer. Aku mula memiliki printer peribadi sejak sekolah menengah lagi. Masa tu tingkatan 2, beli sekali dengan 1 set komputer peribadi beserta printer. Maklumlah masa tu banyak buat folio, tugasan-tugasan sekolah. Jadi mak aku pun belikanlah komputer dan printer untuk memudahkan aku buat kerja-kerja tu semua. Sebelum ni mesti pergi CC je.

Printer pertama aku jenama EP##N. Jenis dakwat warna. Memang seronok je lah menggunakanya..masa tu kan sekolah so memang suka la print out gambar-gambar berwarna. Tapi yang tak seronoknya, dakwat cepat habis. Terutamanya dakwat hitam. Asyik nak ganti dakwat je. Dakwat masa tu jenis hitam dan color dah seratus lebih. Aku pakai printer ni sampai aku habis tingkatan 6. Tapi jadi hiasan je sebab tak larat nak sumbat dakwat, lebih suka ke CC je untuk print.

Lepas tu, aku sambung belajar kat USM, Penang. Masa tu, memang teringin nak beli printer baru sebab nak guna untuk print tugasan. Tak larat asyik nak pergi kedai print je. Maklumlah kalau buat tugasan last minit mesti nak print on the spot kan (penyakit student) hahaha.Aku beli jenama #P, yang canggih sikit dari yang lama iaitu yang boleh scan sekali. Harga masa tu memang tengah offer dalam RM100 lebih je (lupa harga sebenar). Dakwat memang cantik, glossy je nampak. Sambil memuji-muji keindahan dakwat printer aku..tupp tupp tupp lepas cukup je print 30 muka surat tugasan. Terus memberi isyarat yang dakwat hitam aku habis.Lepas tu aku beli la dakwat baru dalam harga RM50 lebih..pun sama cepat sangat mencekik dakwat. Rasa macam terbeban dengan kos dakwat yang mencekik darah, aku hantar je printer tu balik rumah. Malas nak menyemak letak kat kolej.

Selepas itu, aku sambung pengajian di peringkat master di UKM. Masa mula-mula tu aku banyak print kat kedai print tapi bila difikirkan kos print agak mahal sebab sekali print dalam 50-60 muka surat (dalam RM50 +- juga sekali print) aku berhajat nak beli printer sendiri.Dah la masa tu aku tengah buat thesis. Memang banyak la nak print..segala macam artikal, jurnal dan kertas kerja kena print untuk tugasan dan rujukan. Tapi aku bercadang nak beli printer yang jimat dakwat sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Serik tau, bila guna jenis printer yang suka mencekik dakwat ni. Kawan aku cadangkan guna ciss dakwat luar sebab sangat jimat. Aku pun ajak kawan aku pergi lowyat untuk cari printer. Dapatlah beli Canon Pixma MP287. Jenis ni boleh modifikasi untuk letak dakwat luar. Jadi memang waranti canon akan terbatal dengan sendiri sebab letak tabung luar..Cuma ada waranti kedai je dalam 3 bulan.Harga masa tu dalam RM200 lebih je. Memang murah lah sebab tak sampai Rm250 pun (lupa harga sebenar) dan dapat 6 botol dakwat percuma.Tapi alhamdulilah lah boleh bertahan lama, banyak jasa printer tu sebab rasanya beribu-ribu kertas dah pernah print (puluh ribu pun ada kot).

Canon Pixma MP287

Cuba bayangkan masa nak dekat viva tesis, aku print 4 copy untuk pemeriksa viva (1 copy dalam 150 muka surat tak termasuk gambar)..belum lagi berkotak-kotak jurnal untuk rujukan aku.Tapi dakwat ciss luar ni ada kelemahan juga sebab kualiti dia tak sama dengan dakwat dalam.Maklumlah dakwat dia sebotol pun dalam RM10-15 je mana nak sama dengan original dakwat canonkan.Kalau kena air kat kertas yang telah diprint, dakwat dia akan jadi kembang dan pecah-pecah (kena elakkan dari terkena air). Untuk tugasan biasa dan print biasa-biasa bolehlah kalau nak print original tesis kenalah hantar kedai pakai printer yang kualiti supaya tesis korang nampak glossy dan cantik hehehe.Serius aku banyak pakai sampai la aku bekerja. Nak print resume, fotostat sijil,dan macam-macam lah.

Tapi yang sedih, Cik Canon MP287 aku ni dah menamatkan riwayatnya selepas 5 tahun berjasa dengan aku. Masa tu, aku nak print resume, tiba-tiba dia buat perangai asyik tersekat je kertasnya..tapi sempat juga berjasa printkan resume aku. Lepas beberapa hari aku nak on semula printer tu terus tak boleh on langsung. Sayang punya pasal, nak usaha juga hantar kedai untuk baiki tapi malangnya orang kedai kata motherboard dah terbakar. Kalau ganti ibarat beli printer baru je. Maka bersemadilah kau dengan tenang ye.

Canon Pixma G2000
Printer baru ku.

Memandangkan printer ni sangat penting untuk aku. Aku cadang nak beli printer baru. Cadang nak cari model canon MP287 juga, ya memang ada yang siap ciss dakwat luar tapi harga RM420! Dah la nanti waranti pun burn sebab kena modifikasi. Taknak tanggung resiko. Jadi kita cari yang lain tapi jenis ink juga.

Canon Pixma G2000
Lebih smart sebab tangki kat dalam. Lepas ni tak ada kotor tangan main dakwat dah!

Canon Pixma G2000
Sebelah kiri tangki dakwat hitam, kanan bewarna. Tangki pun besar!

Alhamdulilah ada model canon terbaru yang jenis ink tangki. Tapi tangki dia kat dalam.Harga pasaran Canon RM599. Berfikir juga nak beli atau tidak sebab rasa macam mahal je beli printer sampai RM500 lebih kan.. Tapi bila fikirkan aku perlukan sebuah printer untuk keperluan dan printer itu pun jenis menjimatkan dakwat (6000 page black, 7000 page colour) dan fungsi pun sama mcam MP287 iaitu boleh print, scan dan copy..aku pilih canon G2000 sebagai penganti MP287. Bak kata orang nak cari penganti kena cari lebih baik, bagus dan elok daripada yang lama..(sama macam nak penganti cinta hati jugalah kan mesti nak lebih elokkk..opps melalut sudah). Yang jenis G2000 memang tak ada modifikasi sebab 100% original seperti keluar dari kilang dengan waranti 3 tahun beserta dakwat canon original. Harga dakwat original pun RM30 sebotol.Yang penting dakwat itu jenis yang menjimatkan.

Print out Canon Pixma G2000
Hasil kerja Canon Pixma G2000. Puas hati!

Setakat ni aku guna, alhamdulilah baik sahaja. Dakwat pun cantik je. Diharapkan dengan perkongsian ni boleh bagi idea untuk korang pilih printer. Kalau ada printer yang pernah korang gunakan dan bagus! Boleh lah share kat sini..Opss nak bagitahu aku beli dengan harga RM522 (harga website Canon Malaysia RM599)..kenapa murah? Kenalah pandai servei-servei kedai dan pastikan original ye.

Ok bye😃

P/s: Alhamdulilah walaupun ink tu kena air, dakwat masih tak kembang..elokk je kat kertas. 

Resepi Samosa Mudah

|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku nak kongsi resepi yang menjadi kesukaan keluarga aku.
Sangat mudah dan cepat disediakan.
Kalau sarapan pagi ke, minum petang ke kalau saji sekali dengan samosa ni mesti makan tak ingat dunia. Sedar-sedar dah habis je. Macam manalah nak diet sebab asyik makan je kan.

Pada aku memang senang buat dan sedap dimakan. Ada cakap boleh jual, setakat makan sendiri dan keluarga boleh lah nak buat tapi kalau bab nak jual-jual ni memang taklah (pemalas nihh).

Jomlah kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

1 pek kulit popia
1 tin ikan sardin kecil/besar (ikut kuantiti nak buat aku pakai yang kecil)
3 biji ubi kentang (potong dadu)
3 sudu cili kisar
1 labu bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
2 sudu makan serbuk kari ikan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis (dalam 4 sudu makan)
Tepung gandum dibancuh dengan air untuk gam kulit popia

Cara-cara

1. Rebus ubi kentang sehingga lembut. Toskan kentang dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar serta serbuk kari sehingga naik bau.
3. Masukkan sardin dan ubi kentang. Letakkan garam secukup rasa.
4.Sebatikan sampai sardin hancur dan sebati dengan bahan-bahan tadi. Tumis kering jangan tambah air.
4. Ketepikan.

Kulit popia, apa-apa jenama pun boleh

Bancuh dlm setengah cawan air dengan 1 sudu makan tepung gandum

Sardin dan kentang untuk isi samosa (inti).


Cara gulung kulit popia untuk samosa.

Nak gulung pun ada caranya, bukan main hentam je.


1. Potong kulit popia kepada tiga bahagian.


2. Ambil 2 keping bahagian yang telah dipotong, gamkan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia dengan hujung 1 lagi kulit popia tadi.


3. Letakkan 1 sudu inti di hujung tepi kulit popia


4. Lipat kulit popia seperti dalam gambar di bawah (supaya menjadi bentuk 3 segi)


5. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung.


6. Ulangi untuk samosa seterusnya...


Tara!! dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk. Nak makan boleh terus goreng je.


Makan panas-panas mesti tak hengat doniaaa...


Yang pasti samosa buatan sendiri lebih puas hati sebab saiz besar, inti banyak dan pastinya sedap. Kalau dah cuba pasti nak buat lagi. Makan panas-panas memang sedapp!!

Ok, sampai di sini sahaja resepi samosa mudah ni. Selamat mencuba!

Custom Post Signature

Custom Post  Signature